Salam dan hi..

Kali ni aku nak share satu masalah. Masalahnya bila kita start atau crank kereta, bunyi tak tak je. Iaitu bunyi relay. starter tak jalan pun. Haa sudah. jadi pulak masa nak balik kerja. tengok voltmeter battery dalam 12V lagi patutnya bateri cantik. Tapi cuba jump start tengok. masih sama. Masa jump start voltmeter tunjuk 13v - 14v dengan enjin kereta penderma dihidupkan. Macam normal je semua tapi kereta tak boleh start.


So apa aku buat? minta tolong kawan tolak. Sebelum tolak, masuk gear dua tekan clutch dan masa kereta tengah bergerak sedikit lepas clutch. Tapi dalam kes ni, aku masuk gear reverse sebab belakang kosong. itu yang paling mudah dan kurang risiko. Nasib baik enjin boleh hidup.


Dekat rumah, aku diagnose detail sikit. Guna voltmeter check voltage sana sini, ketuk sikit solenoid kot nyer boleh hidup. Masih sama. Last last cabut starter dan check atas lantai. Starter tak hidup. Harga starter boleh tahan juga, dekat RM300. Takpa, sebelum tukar kita buat experiment dulu dah alang alang nak tukarkan. 


Kereta yang dimaksudkan ialah Honda Civic SO4 atau EJ6 tahun 1996 dengan enjin B16A dan gearbox manual code S4C. 

Untuk cabut starter dari
enjin, ada dua skru. di starter pulak ada 2 nut untuk wire + dan ground dan satu pin signal 12v. Cabut semua.



Starter enjin model ni berada bawah kotak angin. Kotak angin kena cabut dulu baru senang kerja. 


Berikut adalah gambar starter model MITSUBA SM-44213 bagi gearbox Honda S4C.









Bila dah cabut dan test direct dengan bateri, starter tu tak pusing pun. Stater tu ada dua bahagian iaitu motor starter dan solenoid. Solenoid yang kecik tu. Bila sambung motor starter direct bateri elok ja dia pusing. Buat solenoid direct bunyi tak tak ja. So suspect solenoid yang problem. 

Aku order online solenoid dari Votec Autopart di sini : https://s.shopee.com.my/qPAgox8al

Boleh rujuk sini perbezaan solenoid VOTEC dan yang original : https://www.jomdiy.com/2024/07/perbandingan-solenoid-b16a-starter.html


Alang-alang dah buka starter, aku "refurbished" starter tu, cuci sabun semua siap. Boleh rujuk video di bawah. Semoga dapat idea dan beri manfaat.. 


 








Post a Comment