Salam dan hi,

Baru baru ni kereta tetiba tak boleh start. Crank je bunyi tap tap. Jump start pun sama. So camana nak hidupkan dia? Tolak.

Masa tu di lot parking dan tak banyak kereta. Apa yang aku buat ialah masuk gear reverse, tekan clutch dan minta tolong member tolak dari depan ke belakang (Belakang kosong xda kereta). Masa kereta bergerak sedikit, lepas clutch dan terus hidup. Drive balik rumah dan diagnos.

Aku cabut starter dan test direct. Memang xfunction. Dia tak pusing pun. Test pula solenoid starter, tak jalan jugak. Bila test motor starter tu ok je. So terus beli replacement part untuk solenoid sahaja. 




Starter model MITSUBA SM 44213 . Solenoid yang aku beli model SS 1692. Boleh beli dekat sini: https://s.shopee.com.my/AUZSz9K8XY

Starter ni untuk enjin Honda B16 series. Model lain aku tak tahu :) . 

Post a Comment