Salam..
Kali ni bukanlah nak cerita pasal DIY. Sekadar nak berkongsi penyelesaian masalah kereta bunyi duk duk duk. Boleh jadi banyak punca sebenarnya, samada depan atau belakang. Selalunya benda benda berbush ni lah. Dia ada jangka hayatnya. Benda yang ditukarnya dibelakang, tapi bila dalam kereta macam bunyi dari depan.
Untuk kes saya, mula mula bunyi tak ketara sangat. Lama-lama semakin kuat. Terutamanya langgar line atas jalan raya. Kebetulan pulak tukar tayar, tapi depan sahajalah sebab da botak dan belakang masih tebal. Pomen kata tayar kanan belakang makan tak rata. maksudnya kehausan dia tu tak sama. Haus belah dalam pulak tu. Ok relaks dulu.
Balik umah try inspect bawah kereta bahagian belakang kanan. Nampak bush lower arm mcm pecah sikit. Kasi jet sikit.. try goyang.. mak aihhh.. goyang teruk. Inspect bush yang, memang uzur da.
Jadi aku tukarkan benda benda ni:
Pinjam gambar seller..
Dalam kes aku, tulang anjing rosak teruk, dah alang-alang tukar satu set sebab sekali kerja. Boleh beli disini, samada nak set sebelah sahaja, atau kedua-dua belah: https://s.shopee.com.my/5po8CgYYcq . yang ni skali dengan tulang anjing adjustable. Dah alang-alang tukar kan.
TIPS: kalau lower arm original, baik beli bush sahaja, pegi foundry dan minta depa press. Bukan apa, lower arm original lebih tebal.
Trailing bush yang besar tu ada dua jenis di pasaran, full rubber dan oem. Ikut lah nak guna yang mana. Orang kata full rubber lebih tahan lama.
Lepas tukar sebelah tu, diam terus kereta. Tak da dah bunyi duk duk duk. Setel.
Catat Ulasan