Hari Sabtu lepas saja aku pi kedai kereta untuk check problem erratic idle / enjin yang bunyi turun naik turun naik. Time raya hari tu dah buat research dan penyebab utama dia adalah Air Idle Control Valve atau IACV. Dari segi nama macam nak control angin apabila kereta kita statik atau idling. Nak buat sendiri tak pandai last last hantar kedai untuk cuci dia charge RM50. Tapi tahan satu hari je. Balik bandar je cuba buat sendiri dengan cuci guna carb cleaner, buka habis kecuali Throttle Positioning Sensor ( TPS ). Keadaan masih sama. Keadaan nie leceh apabila di traffic light dan membuatkan orang sebelah tengok kita. ( dengan kata lain ia adalah masalah throttle body ).
So sabtu lepas pergi Avantech Equine Park. Dia buka ECU dulu untuk check sama ada ECU yang problem. Rupanya ECU SO4 nie bahagian bawah kiri penumpang. Sila lihat gambarajah dibawah.
Sumber : http://honda-tech.com/showthread.php?t=1771052
Ni gambar ECU dalam kereta selepas di buka penutup dekat kaki tu.
Ni sekali dengan connector dia.
Model bagi ECU SO4 EJ6 Automatic adalah P6X.
Rupa atas dan bawah ECU.
Pandangan sisi bahagian connector.
Bahagian connector.
Bahagian dalam tapi bawah board.
Bahagian dalam tapi atas board.
Tujuan aku buka ECU tu adalah untuk check samada ada capacitor leak atau tak. Kalau ada, just tukar capasitor yang sama nilai dan solder aja. Di bawah nie gambar contoh capasitor leak.
Sumber : http://wxdragon.com/monitor.html
Dan akhir sekali, lepas tukar throttle body dengan charge RM150, selesai masalah.
Sekian ...
bos pakai honda ej auto juga ke?? kereta saya pun ada masalah yang sama.. mula2 start pagi tu ok tak ada masalah..tapi bila enjin dah panas,nak start semula enjin jadi susah nak hidup..bila hidup dia akan meletop2..8-10 saat baru ok semula.. dah tukar distributor baru, fuel pump baru, oil filter baru pon sama juga jadi macam tu..sekarang ni kekadang bila start timing jadi tinggi rendah tinggi rendah pulak dah.. pening kepala den..
BalasPadamtiming naik turun naik turun macam throttle body je..
BalasPadamSalam...paklang nak tya sikit..leh tak tolong bagi ecu p6e_t51...pin out...problem...siket hijau...dia punya pin out paklang x dapat paham...mintak penjelasan dari yg arif...Salam...
BalasPadamsiket hijau?
BalasPadamAs'salam. Sy ada masalah. Br wat overhaul tukar gsket sbb air cepat panas. Lps tukar bgkl kata distriutor problem sbb naik turun naik turun. Tukar distriutor baru. Skrg ni bil bwk keta Rpm naik 3.5 keta jd mcm semput. Pg bngkl lain ckp psl ecu plak. Pening kepala dok fikir mana 1 yg btl ni.
BalasPadampayah nak jawab soalan ni..
BalasPadamEj ke??klau ej,ecu p6x engine bseries.. dulu pnah kene...knock sensor...klau engine d series pun aku rse sme...ttp de knock sensor...
BalasPadamAssalamualaikum kete sya hnda ej masalah nydm skg rpm tidak stabil trotle body dh tkar 3bji tpi msih sama jgk...pening dh rpm x reti duk diam mintak penjelasan skira nye ada pomen yg bleh selesai kn msalah hnda ej sya...
BalasPadamkos nak cek dan repair ecu tu berapa ya?. dan ada cadangan tak nak hantar kat bengkel mana?. sebab kereta saya alami masalah same. 2 kali dah tukar throttle body sekali dengan sensor tapi same je. dan ade masalah dari segi minyak. rasa memang kuat makan minyak sekarang dan sangat tak efisien. pernah hadapi masalah same?
BalasPadamSalam, bos kalau dh tukar throttle body tp masih sama. Apa lagi punca dia bos? Ada cadangan utk solution lain?
BalasPadamCatat Ulasan